CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 51

February 28, 2009

Daurah Malam ini : 3/3/2009-Selasa
Muka Surat 51
Surah Ali Imran: Ayat 10-15

  • Pengerusi Daurah: Ust Ahmad Shahran
  • Ulasan Tajweed: Ust Syukri Mat- Qalqalah
  • Terjemahan: Tn Hj. Yusuf
  • Ulasan Tafsir: Ust. Kamaruddin Wahab
Ulasan Tambahan dan Soalan
1. Ust. Ahmad Shahran menyebutkan tentang maksud ayat 14 yang menyenaraikan 8 perkara yang memikat syahwat manusia iaitu perempuan, anak-anak, harta yang banyak, emas, perak, kuda tambatan, binatang ternakan dan ladang-ladang.
2. Hj. Jaafar menimbulkan persoalan mengenai pandangan pertama ke atas perempuan bukan mahram yang dikatakan halal dan pandangan kedua yang dikatakan haram. Apakah ia bedasarkan mana-mana hadis?
Ust Kamaruddin menyebutkan sebuah hadis mengenai perkara tersebut:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " يَا عَلِيُّ لا تُتْبِعْ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ فَإِنَّ لَكَ الأُولَى وَلَيْسَتْ لَكَ الآخِرَةُ
رواه الترمذي
"Sabda Rasulullah SAW: Wahai Ali, jangan disusuli satu pandangan dengan satuy pandangan yang lain (terhadap wanita bukan muhram). Sesungguhnya bagimu hanya halal pandangan pertama dan bukan yang kedua".
Jawapan lengkap boleh dirujuk daripada : Islamqa
3. En Ramlin menimbulkan persoalan yang menjadi isu baru-baru ini mengenai penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam, apakah ulasan yang boleh kita berikan.
Ust. Rasyid menjelaskan bahawa nama Allah sebagai rab kepada semua manusia adalah dinyatakan dalam Surah Luqman ayat 25:
"Dan Sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah : "Segala puji bagi Allah"; tetapi kebanyakan mereka tidak Mengetahui".
Walaubagaimanapun, kata ust. Rasyid penggunaan kalimah Allah tersebut adalah dalam konteks tauhid rububiyah. Sekiranya dalam konteks tauhid uluhiyyah, penggunaan kalimah Allah oleh agama lain adalah dilarang.
4. Hj. Osman menimbulkan soalan mengenai menonton para artis yang menyanyi dalam tv, apakah hukumnya ke atas kita?
Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa para artis wanita melakukan sekurang-kurang dua pelanggaran hukum yang utama iaitu:
a) Berpakaian mendedahkan aurat
b) Menyanyi dengan suara yang lemak merdu (al-khudu' bil qaul) yang dilarang oleh Islam.
Oleh itu, perbuatan mereka adalah haram dan menonton mereka juga adalah haram.
5. Hj. Yusuf menambah persoalan mengenai menonton penceramah wanita dalam tv yang mengenakan make up dan perhiasan yang berlebihan.
Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa sikap penceramah tersebut dikategorikan sebagai "Tabarruj". Tabarruj adalah diharamkan. Jika kita menonton dengan niat memetik ilmu, semoga Allah mengentahui niat kita itu. Namun, jika kita menonton dengan niat bersedap-sedap melihat kecantikan dan perhiasan mereka, makasesungguhnya setiap pekerjaan kita adalah tergantung kepada niat.
6. En Suradi menimbulkan empat soalan iaitu:

  • Minta penjelasan mengenai hukum bacaan waqaf pada huruf qalqalah yang bertasydid.
Ust Kamaruddin menyebutkan tentang sesetengan pembahagian yang dibuat berhubung dengan hukum bacaan Qalqalah kepada tiga iaitu Sughra, Kubra dan Syadidul Kubra. Bacaan pada huruf Qalqalah yang bertasydid ketika diwaqafkan adalah termasuk dalam syadidul kubra.

  • Apakah yang perlu kita lakukan terhadap orang kafir yang mati dengan kalimah syahadah? Apakah perlu kita uruskan mayatnya secara Islam dalam keadaan keluarganya tidak membenarkan.
Ust Kamaruddin menyebutkan satu peristiwa sirah di mana sewaktu Najasyi meninggal, nabi hanya mengajak para sahabat solat ghaib untuk Najasyi dan tidak menghantar orang untuk menuntut mayat Najasyi. Peristiwa ini boleh menjadi iktibar kepada kita bawa merebutkan mayat saudara baru yang masuk Islam dan dalam masa yang sama dituntut juga oleh keluarganya, bukanlah keutamaan. (Sila rujuk laman PerenungLangit)

  • Dalam ayat 14 disebutkan 8 ujian yang menggoda manusia. Bagaimana dalam setengah ayat yang lain yang hanya menyebut isteri dan anak-anak sahaja?
Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa perbezaan itu tidak menjadi masalah. Al-Quran hendaklah dibaca secara kolektif dan saling kait mengait antara ayat-ayatnya. Ia tidak boleh dibaca secara bercerai dan berasingan.

  • Apakah hukumnya imam solat membacakan bacaan sewaktu duduk antara dua sujud dengan khitob jamak menggantikan khitob mufrad.
Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa bacaan semasa duduk antara dua sujud adalah sunat. Demikian juga kebanyakan bacaan dalam solat kecuali Takbiratul Ihram, Fatihah, tahiyyat Akhir dan Salam. Justeru mengubah sebutan "rabbighfirli" kepada "rabbighfirlana" tidak menjejaskan solat.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP