CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 38

February 8, 2009


Daurah Malam ini : 3/2/2009-Selasa
Muka Surat 40
Surah Al-baqarah: Ayat 246-248

  • Bacaan Al-Quran dipimpin oleh ust Shahran Ibrahim
    Ulasan hukum Tajweed oleh ust Syukri
  • Terjemahan Ayat oleh Tn Hj. Yusuf
  • Ulasan dan tafsir oleh ust. Kamaruddin Wahab

ISI PENTING


Allah menyuruh Nabi Muhammad agar melihat kepada kisah para pembesar Bani Israel yang memintakepada nabi mereka yang bernama Nabi Syamuel agar memhon kepada Allah dipilih seorang raja buat memimpin mereka dan menyatupadukan mereka menentang musuh mereka. Lalu Allah melantik Talut sebagai raja mereka, seorang yang mereka anggap sebagai si miskin yang tak punya harta. Mereka enggan menerima pelantikan Talut lalu Nabi Syamuel berhujah bahawa dia adalah pilihan Allah dan dia dibekalkan ilmu dan jasmani yang layak sebagai pemimpin. Tidak cukup dengan itu, Allah membawakan kepada Talut peti tabut yang mengandungi sakinah dan peninggalan nabi Musa. Peti itu digiring oleh malaikat dan diserahkan kepada Talut di depan kaum yang engkar tersebut.

ISU-ISU YANG DITIMBULKAN

(TIDAK DICATATKAN)


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP