CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 39

February 8, 2009


Daurah Malam ini : 8/2/2009-Ahad

Muka Surat 41

Surah Al-baqarah: Ayat 249-252

  • Bacaan Al-Quran dipimpin oleh ust Shahran Ibrahim
    Ulasan hukum Tajweed oleh ust Tn Roslan-Alif lam Qamariyyah dan Syamsiyyah
  • Terjemahan Ayat oleh Tn Hj. Yusuf
  • Ulasan dan tafsir oleh ust. Kamaruddin Wahab


ISI-ISI PENTING

  1. Talut memimpin angkatan tenteranya yang seramai 80 ribu (menurut As-Suddi) untuk menentang tentera Jalut. Ketika melintasi sebatang sungai, Talut mengenakan satu ujian untuk menapis tentera yang berkualiti iaitu dengan membataskan kebolehan untuk minum air sungai sekadar secekup dengan tangan sahaja. Namun, 76 ribu daripadanya minum tanpa sempadan dan 4 ribu sahaja yang lulus.
  2. Hanya dengan tentera yang berjumlah 4 ribu, Talut memimpin mereka untuk menentang tentera Jalut yang jauh lebih besar. Riwata daripada As-Suddi mengatakan jumlahnya ialah 300 ribu orang. Sebahagian daripada mereka goyah memikirkan perbezaan bilangan tersebut. Namun, yang benar-benar mantap imannya mengatakan bahawa jumlah yang sedikit boleh mengalahkan jumlah yang ramai dengan izin Allah SWT
  3. Nabi Daud yang waktu itu masih lagi kanak-kanak telah berjasa dengan membunuh Jalut. Allah menganugerahkannya pangkat sebagai raja dan nabi kemudiannya.


ISU-ISU

  1. En Samit menanyakan mengenai perbezaan antara Alif Lam Qamariyyah dan Alif Lam Syamsiyah.
  2. En. Suradi bertanya mengenai sebab dinamakan Alif Lam Qamariyyah dan Syamsiyyah.
  3. En Suradi menimbulkan persoalan mengenai bala bencana yang menimpa penduduk Aceh padahal di kalangan mereka ada yang mendirikan solat, apakah orang yang mendirikan solat itu tidak dapat menghalang bencana Allah swt?
  4. En. Suradi menimbulkan persoalan makmum masbuk yang mengikut makmun yang lain, maka makmun yang manakah sepatutnya dipilih sebagai imam.


TAMBAHAN


Ustaz Kamaruddin Wahab menjawab persoalan yang tertunda mengenai siapakah yang memberikan nama surah-surah dalam Al-Quran. Memetik apa yang diulas oleh Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Itqan fi Ulumil Quran, imam Nawawi menyebutkan bahawa penetapan nama surah dalam Al-Quran adalah secara tauqifi daripada Rasulullah SAW. Hal ini telah sabit berdasarkan beberapa hadis dan Atsar Sahabat.




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP