DAURAH 37
February 3, 2009
Daurah Malam ini : 2/2/2009-Isnin
Muka Surat 39
Surah Al-baqarah: Ayat 238
- Bacaan Al-Quran dipimpin oleh ust Shahran Ibrahim
Ulasan hukum Tajweed oleh ust Syukri - Terjemahan Ayat oleh Tn Hj. Yusuf
- Ulasan dan tafsir oleh ust. Kamaruddin Wahab
ISI-ISI PENTING
- Solat hendaklah dipeliharadan ditunaikan dalam waktunya.
- Solat wusta ialah solat asar.
- Solat hendaklah dilakukan dengan khusyuk.
- Pada mulanya iddah bagi perempuan yang kematian suami ialah setahun tetapi ayat mengenainya telah dimansukhkan dengan ayat mengenai tempoh iddah selama 4 bulan 10 hari.
- Kisah satu penduduk kampung atau negeri yang jumlahnya ribuan , lari meninggalkan tanah tumpah darah mereka kerana takut mati akibat wabak, tetapi mereka tetap mati juga.
- Berperang fi sabilillah dan mati kerananya adalah sebaik-baik mati
- Siapa yang memberi hutang kepada Allah, maka Allah akan ganti dengan yang lebih baik.
ISU-ISU YANG DITIMBULKAN
Hj. jaafar: menimbulkan persoalan mengenai hukum berhutang tetapi pergi berjihad.
Suradi:
- Apakah hukumnya solat tidak menghadap arah kiblat disebabkan tahu arah kiblat, tiba-tiba mendapat tahu arah yang betul kemudiannya, perlukah diulang solat?
- Apakah yang dimaksudkan dengan solat i'adah dan apakah keadaan-keadaannya?
- Apakah pesakit dihospital perlu menghadap kiblat dalam solatnya.
- Apakah keadaan yang perlu solat hormat waktu?
- Yang mana lebih aula, mendengar kuliah atau majlis ilmu.
- Apakah hukumnya melewatkan solat kerana majli ilmu?
Samit
- Jika kita tetap di satu kampung dan tak lari daripada tempat wabak, lalu kita mati, apakah kelebihan mati tersebut?
- Bagaimanakah menetukan kiblat dalam keadaan tiada kompas?
0 comments:
Post a Comment