CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 40

February 10, 2009

Daurah Malam ini : 9/2/2009-Isnin

Muka Surat 42

Surah Al-baqarah: Ayat 253-256

  • Pengerusi: Ust Ahmad Syahran Ibrahim
  • Tajweed: Tn. Roslan-Waqaf
  • Terjemahan Ayat oleh Tn Hj. Yusuf
  • Ulasan dan tafsir oleh ust. Kamaruddin Wahab

ISI-ISI PENTING

Rasul-rasul utusan Allah mempunyai tingkat keutamaan masing-masing. Nabi Muhammad sebagai nabi yang terakhir memounyai keutamaan yang lebih berbanding nabi-nabi yang lain.

Harta benda dunia ini hanya berguna jika ia diinfaqkan fi sabililah sementara masih hidup, manakala harta yang ditinggalkan setelah mata tidak akan member manfaat lagi kepada si mati

Ayatul Kursi mempunyai kelebihan yang amat besar.

Kursi Allah lebih luas daripada langit dan bumi. Bandingannya adalah seperti setitik air dengan setimba air buat menyiram tanaman.

Tiada sesiapa pun boleh dipaksa memeluk Islam, namun apabila seseorang itu memeluk Islam, dia dipaksa melaksanakan syariatnya.

Taghut adalah segala yang disembah,ditaati dan dijadikan andal dalam kehidupan selain Allah.

ISU-ISU YANG DITIMBULKAN

1. En. Samit bertanya mengenai mengapa nama ibu yang dibinkan semasa upacara talqin.

Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa menbinkan dengan ibu adalah yang paling meyakinkan kerana setiap anak yang dilahirkan ibunya pastilah anak ibu itu tetapi belum tentu anak bapanya.

2. En . Jamal bertanyakan apakah perlu menbinkan dengan Abdullah bagi orang kafir yang masuk ke dalam Islam.

Ust, kamaruddin menjelaskan bahawa ia adalah tidak berasas dan tidak pernah ditunjukki oleh nabi, para sahabat dan salafus soleh.

3. Hj. Yusuf bertanyakan mengenai penggunaan perkataan ‘maha’ untuk raja. Apakah dibolehkan?

Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa maha bagi raja adalah berbeza dengan maha bagi Allah. Ianya seperti berbezanya kuasa yang disamdarkan kepada manusia dengan kuasa yang yang disandarkan kepada Allah.

4. Ust. Nasir menimbulkan persoalan berikut:

A. Apakah perbezaan antara tauhid Uluhiyyah dengan Rububiyyah?

B. Apakah bacaan dalam solat mesti didengari di telinga sendiri?Kalau perlu bagaimana jika keadaan bising?

C. Apakah mentalqinkan orang yang mahu mati dengan kalimah tauhid boleh dengan lafaz selain ‘lailahaillallah’? Apakah kedudukan si mati jika tidak sempat mengucap.

D. Apakah itu Baitul makmur dan apakah itu Luh Mahfuz?

(jawapan tidak dicatatkan)

5. En Suradi bertanya soalan berikut:

A. Mengenai kenyataan bahawa harta yang disedekahkah tidak sampai kepada si mati, bagaimanakah pula dengan doa?

B. Apakah disunatkan imam menunggu makmum masbuk ketika dia dalam tahiyyat akhir dan hampir memberi salam.

C. Apakah maksud hadis nabi agar mentakhfifkan solat?

(Jawapan bagi A dan C ditunda ke malam esok)





3 comments:

bayusenja February 14, 2009 at 2:25 PM  

Assalaamu'alaikum ya ustaz !

ni bukan komen, nak cadang je !

Hidupkam semula kuliah khasnya bab Toharoh dan Solah.

bayusenja February 14, 2009 at 2:48 PM  

Assalaamu'alaikum ya ustaz !

No comment.

Cadangan : Hidupkan semula kuliah

Tajuk : Bab Toharoh dan Solah

Keperluan : Memang perlu dan penting

Alasan : Untuk menasihat dan mengingatkan para jemaah yang terlanggar batu dalam rukun-rukun solah.

Contoh 1 : Terdapat jemaaah awam dan ustaz (maaf, bukan ustaz Hj. Kamaruddin) semasa menjadi Imam sukses. tetapi ketika silah sunat meninggalkan Tomakninah (yang ketara selepas Iktidal).

Contoh 2 : Bacaan surah Al-Fatihah ayat 3 dan 4, ketika bacaan terus dihilangkan satu huruf MIM. Begini : ArrohmaanirrohiiMaalikiyaumiddin...
yang sepatutnya dibaca...... ARROHMAANIRROHIIMIMAALIKIYAUMIDDIIN.

bayusenja February 14, 2009 at 2:51 PM  

Assalaamu'alaikum ya ustaz !

maaf, bukan nak mengajar itik berenang.

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP