CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 46

February 28, 2009


Daurah Malam ini : 17/2/2009-Selasa
Muka Surat 46
Surah Al-baqarah: Ayat 275-281

Pengerusi Daurah: Ust Ahmad Syahran Ibrahim
Hukum Tajweed: Ust. Nasir - tanda waqaf dan maksudnya.
Terjemahan: Tn Hj. Yusuf
Ulasan/Tafsir: Ust. Kamaruddin Wahab



ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN


1. Ust. Nasir menimbulkan persoalan mengenai:


  • Manakah yang lebih baik, sedekah berdikit-dikit atau sekaligus?
Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa kedua-dua bentuk sedekah tersebut mempunyai keutamaan masing-masing dan kedua-duanya dipraktiskan oleh para sahabat. Umpamanya Abu Bakar mendermakan semua hartanya dalam perang Tabuk, manakala Uthman mendermakan sebahagian hartanya.


  • Apakah hukumnya ketika sujud terangkat anggota sujud yang tujuh selain dahi?

Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa mengankat dahi semasa sujud lalu diulang letak semula akan membatalkan solat kerana menambah rukun. Adapun anggota yang lain tidak termasuk dalam makna menambah rukun kerana ia bukanlah makna utama sebuah sujud.

  • Apakah Asas mencuit bahu bnagi masbuk yang ingin berimamkan seseorang yang lain?

Jawapan bagi soalan ini ditangguhkan

2. Tn. Hj. Yusuf mengulas (penambahan) bagi menjelaskan maksud ayat 273 ialah bagi maksud dan pengertian yang luas meliputi orang yang berkhidmat tanpa gaji sama ada untuk kemanusiaan atau agama Islam. Termasuk dalam makna ayat ialah mereka yang sibuk menuntut ilmu.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP